18 MAC: Perebutan tiga kerusi Naib Presiden UMNO berakhir apabila Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menang saingan dengan mendapat kedudukan teratas pada pemilihan parti itu hari ini.
Beliau memperolehi 65 undi diikuti Menteri Pendidikan Tinggi, Mohamed Datuk Seri Khaled Nordin dengan 61 undi, setakat kiraan pada jam 10.30 malam tadi.
Ahli Parlimen Titiwangsa yang juga Pengerusi Backbenchers, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, di tempat ketiga dengan 50 undi.
Meskipun kiraan belum berakhir, namun jumlah undi yang tiga calon berkenaan sudah tidak boleh dikejar lima calon lain.
Ini sekaligus
menjadikan mereka naib presiden UMNO yang baru.
Pemilihan hari ini, melibatkan sebanyak 189 bahagian daripada keseluruhan 191 bahagian di seluruh negara.
Dua UMNO bahagian tidak menjalankan pemilihan berikutan digantung akibat masalah tertentu iaitu Tanah Merah, Kelantan dan Kota Kinabalu, Sabah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), calon wanita tunggal yang merebut jawatan itu, Datuk Seri Azalina Othman Said mendapat 33 undi diikuti bekas menteri perumahan dan kerajaan tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mendapat 25 undi setakat ini.
Ahli Parlimen Simpang Renggam yang juga bekas menteri besar Johor, Datuk Seti Hasni Mohammad memperoleh 16 undi manakala penyandang Naib Presiden, Mahdzir Khalid mendapat 11 undi.
Seorang lagi calon, Dr Mohd Yusof Musa, belum mendapat sebarang undi.