22 MAC: – UMNO hari ini mengumumkan lantikan barisan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang baharu bagi sesi 2023-2026 selepas usai pemilihan parti 18 Mac lalu.
Bekas ketua pemuda MNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Setiausaha Agung MNO menggantikan Datuk Ahmad Maslan sementara Datuk Seri Azalina Syed Othman Said dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO.
Ahli Parlimen Pengerang itu menggantikan Isham Jalil.
Sementara itu, Tengku Adnan Tengku Mansor kekal memegang jawatan Bendahari Agung UMNO.
“UMNO akan terus mendukung Kerajaan Perpaduan dan komited untuk memastikan keutuhan kerjasama dalam kerajaan ini demi kestabilan negara.
“UMNO turut menzahirkan kebimbangan sentimen permainan kaum dan agama yang terus menular. Justeru menggesa kerjaan mengambik tindakan tegas bagi membendung fenomena yang boleh merosakkan keharmonian negara,” kata kenyataan itu.
Dalam kenyataan sama, UMNO mengumumkan 13 lagi ahli MKT lantikan iaitu Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Tan Sri Mohamad Fahmi Che Salleh, Datuk Ahmad Ismail, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah, Datuk Hasmuni Hassan, Datuk Mohd Hasnol Ayub dan Datuk Mohd Faizal Ramli.
Selain itu, turut dilantik Datuk Mohd Arrif Abdul Majid, Datuk Sri Jailani Johari, Datuk Norliza Abdul Rahim, Mohd Hairi Mad Shah dan Siti Sokhleha Nordin.
Beberapa nama pemegang portfolio turut diumum termasuk Datuk Seri Reezal Merican Merican (Ketua Jabatan Pilihan Raya), Datuk Mohamad Alamin (Ketua Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara), Datuk Siti Aminah Aching (Ketua Sekretariat Pertanian, Peladangan dan Komuniti), Prof. Emiritus Dr. Kamaruddin M Said (Ketua Sekretariat Pendidikan), Datuk Seri Jamil Khir Baharum (Pengerusi Hal Ehwal Agama) dan Datuk Yabubah Khan (Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Sabah) serta
Datuk Mohd. Sumali Reduan (Setiausaha Kerja).
UMNO turut mengumum lantikan pengerusi dan timbalan perhubungan bagi setiap negeri seperti berikut:
Perlis – Datuk Rozabil Abdul Rahman / Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya
Kedah -Datuk Seri Mahadzir Khalid/ Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim
Kelantan – Ahmad Jazlan Yaakub / Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh
Terengganu – Datuk Seri Ahmad Said / Datuk Nik Dir Nik Wan Ku
Pulau Pinang – Datuk Musa Sheikh Fadzir / Datuk Dr. Ir Shaikh Hussein Mydin
Perak – Datuk Seri Saarani Mohamad / Datuk Azian Osman
Pahang – Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail / Datuk Seri Abd. Hamid Nazahar
Selangor – Datuk Megat Zulkarnain Omardin / Datuk Johan Abd Aziz
Wilayah Persekutuan – Datuk Seri Johari Abdul Ghani / Datuk Seri Dr. Shafei Abdullah
Negeri Sembilan – Datuk Seri Jalaluddin Alias / Datuk Hashim Rusdi
Melaka – Datuk Seri Ab Rauf Yusof / Datuk Rais Yasin
Sabah – Datuk Bung Mokhtar Radin / Datuk Seri Abd Rahman Dahlan.