26 MAC : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis berbuka puasa bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Istana Negara sejurus tiba dari Madinah, Arab Saudi.
Majlis tersebut turut dihadiri Jemaah Menteri bersama dengan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan selain duta dan diplomat asing.
Majlis berbuka puasa tersebut turut disertai 15 penuntut dan seorang guru dari Pusat Tahfiz Darus Syabab Kepong.
Alhamdulillah, semoga kita mendapat keberkahan Ramadhan dan diberi ganjaran yang sebaiknya oleh Allah SWT,” kata Anwar di Facebook beliau.