nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Anak angkat bukan tiket dapat kewarganegaraan automatik

27 MAC: Pengambilan anak angkat bukan tiket untuk mendapatkan status warganegara secara automatik.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata perkara itu tertakluk di bawah Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257) dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253).

Katanya, taraf kewarganegaraan individu ditentukan berdasar kepada status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu bapa kandung sewaktu kelahiran berlaku.

“Berhubung dengan isu kewarganegaraan anak angkat kepada warganegara Malaysia seperti dibangkitkan YB Ipoh Barat adalah ditegaskan bahawa pengangkatan tidak membawa maksud perolehan warganegara Malaysia secara automatik kerana prosedur pengangkatan dikawal selia oleh Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257) dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253),” jelasnya pada sesi penggulungan peringkat jawatankuasa belanjawan
Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Shamsul yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata ibu bapa angkat terbabit boleh membuat permohonan sebelum anak mereka berusia 21 tahun.

“Walaubagaimanapun ibu bapa angkat boleh mengemukakan permohonan warganegara sebelum anak angkat itu berumur 21 tahun.

“Dalam hal ini pertimbangan adalah tertakluk kepada peruntukan di bawah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan serta perundangan lain yang berkuatkuasa termasuklah berkaitan dengan pengangkatan secara sah,” katanya.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M.Kulasegaran membangkitkan soal status kewarganegaraan anak angkat yang lahir di negara ini di mana menjadi masalah sejak 10 tahun terakhir ini.

“Kad pengenalan jadi hal yang besar di negara ini. Apabila (ambil) anak angkat… dapat perintah mahkamah tetapi kewarganegaraan diragui oleh kementerian dan anak-anak itu tidak jadi warganegara.

“Walhal semasa saya menjadi peguam untuk lebih 30 tahun, perkara ini tidak wujud langsung. Apabila ada perintah mahkamah KDN ikut tapi kebelakangan ini dalam 10 tahun, ini sudah berubah. Saya harap tindakan diambil untuk mengatasinya,” katanya.

Beliau turut bertanya sama ada kerajaan rela memberi pengampunan kepada semua pemohon yang mempunyai masalah-masalah tertentu.

“Kalau kita boleh beri kelonggaran kepada pemain bola sepak luar negara yang tidak fasih, tidak dilahirkan di negara ini, hanya bercakap dalam Bahasa Inggeris dapat kewarganegaraan tapi anak yang dilahirkan di negara ini oleh kerana kesilapan-kesilapan ibu bapa mereka, anak-anak ini tidak mendapat kewarganegaraan,” katanya.
Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.