5 APRIL: Institut Koperasi Malaysia (IKMa) mensasarkan perolehan RM50 bilion pada 2025 berbanding hampir RM40 bilion yang diperolehi ketika ini.
Ketua Pengarah IKMa Datuk Mohd Ali Mansor berkata, sasaran itu boleh dicapai dengan beberapa langkah drastik bagi memastikan koperasi di negara ini berdaya saing maju dalam membangunkan ekonomi komuniti dan negara khususnya.
Katanya, daripada 15,315 koperasi, 278 adalah koperasi besar yang mampu memberi 95 peratus pendapatan bagi mencapai sasaran perolehan tersebut.
Mohd Ali bersama pengamal-pengamal media di majlis berbuka puasa IKMa
Sehubungan itu, beliau yakin pihak media akan terus memberi kerjasama kepada IKMa dengan menonjolkan koperasi-koperasi yang berdaya saing selain kemudahan yang ditawarkan Universiti Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM)
Bercakap di majlis berbuka puasa IKMa dan media di ibu negara malam tadi, Mohd Ali berkata, kewujudan universiti yang sudah mendapat pengiktirafan akreditasi sementara bulan lalu akan membuka ruang membantu melahirkan tenaga kerja yang diperlukan di negara ini.
“Universiti ini akan menjadi cabaran dan ruang baharu kepada IKMa termasuk bagi membantu kerajaan disektor guna tenaga apabila melahirkan penuntut-penuntut dalam pelbagai jurusan,” katanya.