11 APRIL: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang berbincang untuk menggabungkan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan CyberSecurity Malaysia (CSM) sebagai langkah memperkukuh keselamatan siber di negara ini.
Menternya, Fahmi Fadzil berkata, penggabungan dua agensi dilihat dapat membantu menggerakkan usaha penubuhan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia seperti yang dihasratkan KKD sebelum ini.
“Kami sedang berbincang dengan agak mendalam dan di peringkat selanjutnya mengenai penggabungan NACSA dengan CSM tetapi kita belum sampai ke peringkat di mana penubuhan itu boleh berlaku lagi.
Ini kerana kita perlu bawa rang undang-undang ke Parlimen tetapi (penggabungan) ini antara beberapa perkara yang kita lihat perlu kita lakukan untuk memastikan data rakyat selamat dan tidak boleh dicuri serta disalah guna untuk aktiviti scammer,” katanya selepas Majlis Apresiasi Pengamal Media pada Isnin.
Beliau turut mengingatkan orang ramai yang ingin membuat pengeluaran wang bagi perbelanjaan Aidilfitri supaya berhati-hati sekiranya menerima sebarang panggilan yang tidak dikenali dan mencurigakan.
Mengenai peranan media, Fahmi memohon maaf sekiranya pandangan dan pendapat beliau yang dilihat baik kepada pihak itu dilihat sebaliknya.
Fahmi Fadzil
Katanya kerajaan berhasrat memperkasakan dan mengangkat hak media dqn kebebasan bersuara tetapi dalam masa sama perlu ada titik persama antara kedua pihak.
Fahmi berkata Hari Wartawan Nasional (HAWANA) akan diadakan di Ipoh pada hujung Mei ini.
Beliau berharap menjelangan sambutan itu akan ada kata putus dicapai bagi mewujudkan idea serta keserasian antara pihak media dan kerajaan yang boleh diketengahkan.
Pada majlis itu beliau turut menyampaian sumbangan raya kepada vateran media yang pernah berkhidmat dengsn Bernama dan RTM.
Hadir sama timbalan beliau Teo Nie Ching.