Menteri Sumber Manusia sahkan pegawai kanan ditahan SPRM
12 APRIL: Menteri Sumber Manusia V Sivakumar mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang pegawai kanan ketika serbuan di kementerian itu di Putrajaya, pagi ini.
“Saya maklum berkenaan penahanan pegawai daripada pejabat saya.
“Memandangkan perkara ini masih dalam siasatan pihak SPRM, saya tidak dapat memberikan sebarang komen berhubung perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya beliau dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan memberi kerjasama penuh kepada agensi siasatan sekiranya diperlukan.
Awal hari ini, beberapa media melaporkan bahawa SPRM telah menahan seorang pegawai kanan yang bertugas di pejabat menteri, yang yang dikatakan merupakan bekas pemimpin pemuda DAP Perak.
Difahamkan, turut ditahan seorang ahli peniaga berasal dariIpoh, Perak bagi membantu siasatan
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa tangkapan itu berkaitan dengan dakwaan rasuah yang melibatkan sebuah agensi pengambilan pekerja. asing