28 APRIL: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) bagi menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Pelantikan itu diputuskan dalam Nesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, dalam kenyataan berkata pelantikan itu berdasarkan fasal 8.3.(E) Perlembagaan BN.
Johari adalah Ahli Parlimen Titiwangsa dan Pengerusi Backbenchers.