6 MEI: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan dakwaan yang ditularkan melalui aplikasi WhatsApp sejak beberapa hari lepas bahawa parti itu akan melancarkan ‘Kempen Sayangi DAP’ sebagai taktik kotor pembangkang.
“Siapa yang buat fitnah, yang buat kerja tak tentu hala tu hentikanlah, zaman sekarang orang boleh baca, mana betul, mana fitnah. Jadi saya minta yang buat fitnah tu bertaubatlah,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno Perak di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lenggong di Lenggong, hari ini.
Terdahulu tular satu poster digital yang memaklumkan kononnya Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri akan melancarkan Kempen UMNO Sayangi DAP, di samping turut menyenaraikan lima objektif kempen itu, antaranya bagi meyakinkan akar umbi parti bahawa DAP bukanlah seburuk yang digambarkan.