nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kalimah Allah: Bawa kepada Majlis Raja-Raja tindakan tepat

20 MEI : Keputusan kerajaan untuk mempersembahkan cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah Allah kepada Majlis Raja-Raja disifatkan satu tindakan tepat untuk menghentikan polemik terhadap isu sensitif itu.

Penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata konsensus dalam kalangan ketua agama negeri penting bagi mengelakkan kekeliruan.

“Majlis Raja-Raja adalah ketua agama bagi negeri-negeri, biarlah mereka tentukan perkara tersebut.

Persekutuan tiada kuasa kerana ini melibatkan agama yang dibawah kuasa negeri.

“Jadi tindakan Persekutuan itu yang seeloknya supaya raja-raja ada konsensus. Kita tidak mahu negeri kelantan lain, Perak lain, Terengganu lain. Itu jadi pening. Biarlah konsensus dan sepakat, itulah keputusan terbaik,” katanya kepada BBC portal ketika dihubungi.

Mengulas lanjut Azizuddin berkata keputusan Majlis Raja-Raja ini penting sebagai contoh kes untuk rujukan pada masa depan.

Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani

“Sebenarnya kes Jill Ireland itu jelas, tiada isu sebenarnya. Hanya percanggahan arahan ada dua iaitu larangan penggunaan (kalimah Allah) oleh bukan Islam dan boleh guna (kalimah Allah) jika ada cop pengesahan.

“Keputusan Majlis Raja-Raja penting supaya apabila ada kes serupa pada masa akan datang boleh dirujuk keputusan itu. Ini bukan isu agama tapi teknikal di Semenanjung,” katanya.

Beliau turut melahirkan rasa kesal apabila isu itu dipolitikkan kerana ia boleh mencetuskan ketidaktenteraman awam.

“Yang menjadi polemik apabila orang-orang ini bercakap di luar konteks untuk mendapatkan sokongan politik atas isu ini. Ini yang jahat dan tidak sepatutnya berlaku kerana boleh mencetuskan ketidaktenteraman awam.

Ditakut-takutkan untuk apa? Nak cetus permusuhan antara orang Islam dengan Kristian buat apa?
“Benda yang tidak sepatutnya ada, diada-adakan. Kerajaan dah terangkan dengan jelas jangan polemikkan benda yang tidak sepatutnya. Kita ada undang-undang yang lindungi kalimah Allah itu. Sekarang hanya proses pentadbiran iaitu mendapatkan keputusan terbaik di peringkat nasional oleh pemegang kuasa agama iaitu Majlis Raja-Raja” katanya.

Sementara itu pakar perlembagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata tindakan kerajaan membawa kepada Majlis Raja-Raja itu sebagai satu langkah penting untuk mengurangkan perbezaan pendapat berkait isu kalimah Allah.

“Pada saya apa yang penting, setiap rakyat menghormati keputusan kerajaan khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang buat keputusan dengan jelas sebenarnya berkenaan penggunaan kalimah Allah ini.

Dr Muhammad Fathi Yusof

“Menjadi tanggungjawab kerajaan juga sebenarnya untuk berusaha mengendurkan perbezaan pandangan terutama yang datang daripada rakan-rakan kita dari Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan perlu adakan proses rundingan dan advokasi terhadap mereka supaya tidak lagi menjadi polemik juga sebagai satu langkah menghormati ketetapan pemerintah atau ketua negara kita yang melihat isu ini terlalu panjang dibahaskan,” katanya.

Tambahnya lagi kerajaan juga perlu melihat kesilapan terjemahan yang digunakan dalam kitab-kitab tersebut.

“Jika nak dikatakan penggunaan itu (di Sabah Sarawak) sudah lama sekali pun ia sebenarnya berasaskan penggunaan yang silap. Kalau saya perhatikan ia berakar umbi daripada negara jiran kita yang cuba untuk menterjemahkan perkataan God kepada Allah dan terjemahan itu sendiri sebenarnya salah kerana perkataaan God itu satu perkataan umum yang bermaksud Tuhan yang tidak boleh diterjemahkan secara khusus seperti perkataan Allah.

“Saya rasa ini perlu ditangani oleh kerajaan supaya ia dapat dielakkan daripada berlaku khususnya apabila ia disebarkan melalui dokumen, ia boleh mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa hari lalu berkata Kabinet telah mendapat perkenan Yang di Pertuan Agong membawa isu Kalimah Allah ini kepada Majlis Raja-Raja bagi tujuan memperkukuhkannya.
Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.