23 MEI: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menerima mengadap Yang Mulia Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan, Putera Mahkota Abu Dhabi dan Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi di Istana Negara, hari ini.
Yang Mulia Sheikh Khaled juga telah dikurniakan dengan Darjah Seri Maharaja Mangku Negara – S.M.N (Kehormat) dan Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Di Hormati – D.K. (Kehormat) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Semoga kunjungan ini mengukuhkan lagi hubungan yang sedia terjalin erat antara kedua-dua negara.