24 MEI: Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menjangkakan enam pilihan raya negeri (PRN) akan diadakan serentak walaupun pembubaran di negeri terbabit berbeza-beza tarikhnya.
Menurut Timbalan Menteri Kewangan 1 tu, beliau difahamkan ada dewan undangan negeri (DUN) tertentu yang akan terbubar secara automatik pada Jun berdasarkan tempoh lima tahun yang ditetapkan dalam perlembagaan.
“Saya difahamkan hari pembuangan undi akan diadakan pada tarikh yang sama di kesemua enam negeri walaupun (waktu) pembubarannya berbeza-beza,” katanya kepada media di lobi Parlimen.
Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.
Kemungkinan PRN bagi negeri-negeri berkenaan pada penghujung Julai atau awal Ogos