nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Wacana ilmiah angkat martabat masyarakat MADANI perlu diperluas

30 MEI : Wacana ilmiah perlu diperluaskan bagi membina tamadun serta mengangkat martabat masyarakat Malaysia MADANI.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembangunan Malaysia MADANI memerlukan suntikan idealisem dan wawasan dengan asas pemikiran tokoh pemikir seperti Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil.

“Seminar Fikrah Siddiq Fadzil, ‘Citra Budaya dan Peradaban Bangsa Malaysia’ bukan sahaja bagi mengenang jasa, ketokohan dan intelektual Allahyarham serta memartabatkan ilmu tetapi, lebih penting adalah untuk menelusuri buah fikiran beliau terutama dalam memartabatkan bangsa dan agama.

“Dalam kita membicarakan soal pembangunan Malaysia Madani misalnya, pasti ia memerlukan kepada suntikan fikrah, idealisme, wawasan dan gagasan yang sejati dengan asas pemikiran serta fikrah seperti tokoh pemikir Allahyarham Siddiq Fadzil.

“Tugas kaum intelektual bukan hanya berfikir, merenung dan berwacana namun lebih utama bagaimana pemikirannya itu diterjemah kepada aksi dan tindakan.

“Saya amat mengharapkan seminar ini akan beroleh manfaat, bahan-bahan yang diwacanakan mesti digarap dan diresolusikan serta garis-garis saranannya mestilah disikapi dengan tuntas,” katanya.

Beliau hadir pada perasmian seminar tersebut di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur, hari ini yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Seri Dr Awang Sariyan.

Sementara itu, dalam ucaptamanya beliau berkata ketika dunia terus terus bergerak ke arah digitalisasi dan kecedasan buatan (AI), aspek ketamadunan seperti ilmu bahasa dan sastera tidak harus dilupakan.

Menurutnya, bahasa dan sastera merupakan kekuatan kepada nilai dan akhlak sesebuah masyarakat malah negara juga tidak boleh berkembang tanpa pembinaan tamadun.

“Kita kan manusia. Manusiawi itu tidak mampu dibentuk dengan hanya kerangka teknologi digitalisasi, ia dibentuk dengan pembangunan bangsa dan budaya.

“Dalam mengangkat martabat bangsa, ya ekonomi masih asas penting. Tetapi kita bicara soal kalau (pembangunan) karamah insaniah tentulah pada ilmu, akhlak dan budaya,” katanya.

Beliau menyifatkan Allahyarham Siddiq yang merupakan bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sebagai pemimpin yang sangat mementingkan keperluan islah serta pemikiran baharu dalam kalangan masyarakat Melayu yang dinamik dan progresif.

“Dalam antara pertemuan akhir saya dengan beliau sebelum beliau sakit, beliau kata ‘Anwar kita kena pusing sekali lagi dan bicara soal Melayu dan Islam, kefahaman yang lebih progresif’, merujuk kepada keperluan pembaharuan.

“Beliau ada menulis memberikan rangka-rangka bagaimana kita boleh melatih anak-anak muda supaya dapat memanfaatkan kefahaman ini,” kata Anwar.

Allahyarham Siddiq yang meninggal dunia pada 31 Ogos 2021 itu pernah diangkat sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2018, Presiden Kolej Dar al-Hikmah, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia dan Pengerusi Institut Darul Ehsan.
ENDS

Get real time updates directly on you device, subscribe now.