3 JUN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah melengkapkan kertas siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan penghinaan terhadap institusi diraja.
Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara, Selasa ini selari dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.
“Siasatan berhubung isu Proklamasi Orang Melayu pula masih pada peringkat siasatan bagi rakaman percakapan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy,” katanya dalam kenyataan, hari ini
Dalam pada itu, katanya, siasatan polis terhadap Dr Mahathir berkait isu proklamasi orang Melayu masih di peringkat siasatan.
Norsiah berkata, ia akan membabitkan proses rakaman percakapan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy.
Semalam media melaporkan Dr Mahathir dirakam percakapan oleh PDRM susulan kenyataan beliau mengenai institusi diraja serta proklamasi orang Melayu.
Noorsiah dalam kenyataan, semalam berkata, sepasukan polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman merakam percakapan Mahathir pada jam 10.30 pagi semalam.
Katanya, rakaman percakapan ke atas bekas Perdana Menteri itu dilakukan di Yayasan Albukhary, di sini mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.