3 JUN: Tiga kereta api terbabit pelanggaran mengorbankan 2880orang dan lebih 850 cedera sekaligus menjadi kemalangan kereta api terburuk di India dalam tempoh lebih 20 tahun.
Perlanggaran berlaku kira-kira 7 malam waktu tempatan (1330 GMT) apabila Howrah Superfast Express, yang bergerak dari Bangalore ke Howrah, West Bengal, bertembung dengan Coromandel Express, dari Kolkata ke Chennai.
Imej dari lokasi nahas menunjukkan bahagian kereta api berlubang dan berlumuran darah berhampiran Balasore, di negeri timur Odisha.
Gerabak kenderaan itu terbalik sepenuhnya dalam nahas yang berlaku semalam dan pekerja penyelamat mencari mangsa terselamat yang terperangkap dalam serpihan, dengan puluhan mayat diletakkan di bawah kain putih di sebelah landasan.
Dijangka angka korban dan cedera akan bertambah apabila tugas- tugas menyelamat selesai.