6 JUN : Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 kali ini berbeza berikutan perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata, dalam hal ini, ruang perlu digunakan sebaiknya dengan menjadikan PAU sebagai platform terbaik bagi mengembalikan manifestasi perjuangan parti keramat orang Melayu .
“Melalui persidangan ini, kepimpinan UMNO pelbagai peringkat berkumpul, berbahas, mendengar hujah dan intipati suara dari akar umbi.
“Selepas itu, kita bersama-sama bangkit menyemarakkan perjuangan apabila kelak kembali ke tempat masing-masing.
“Inilah hari untuk kita mengembalikan perjuangan yang bersemarak, kembalikan kegemilangan UMNO sebagai satu-satunya harapan bangsa, malah menjadi tempat bergantung rakyat seluruh negara sebagaimana suatu waktu dulu,” katanya.
PAU 2023 berlangsung selama empat hari di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) bermula esok hingga Sabtu ini.
Jelasnya lagi, UMNO kini sedang berusaha untuk terus memperkukuhkan kedudukan parti meskipun berusaha untuk terus kukuh dan mendepani pelbagai cabaran masa hadapan.
Dengan usia parti mencecah 77 tahun, namun UMNO kini dilihat masih relevan, dan berharap agar semua ahli parti meneruskan perjuangannya dengan slogan ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ demi agama, bangsa dan negara.