nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

 DNA Melayu-Islam masih utuh dalam UMNO

7JUN: UMNO masih utuh dengan parti nasionalisme Melayu dan Islam meskipun terdapat tuduhan yang parti itu sudah mulai hilang hati diri apabila bersama dengan Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, jati diri itu tidak sesekali akan kendur malah terus tetap dengan pendirian sama meskipun rekod pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) memperlihatkan sokongan Melayu telah beralih arah kepada Perikatan Nasional (PN).

“Kerana itulah juga kita dipanggil ‘assabiyah’ (berpuakan) selama berpuluh-puluh tahun oleh parti tertentu. Kita dilabel parti kesukuan dan perkauman fanatik. Sekarang, hanya kerana haluan politik kita berbeza, kita difitnah membelakangkan Melayu dan Islam pula.

“Insya Allah, UMNO akan memperjuangkan Islam dan Melayu dalam kerangka ‘hubbul watan’ (mencintai negara) yang lebih sederhana dan lebih menghargai kepelbagaian Malaysia dengan unit politik dan sosialnya yang beraneka agama, kaum dan etnik serta budaya,” katanya dalam Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), malam tadi.

Mohamad justeru itu meminta semua pihak menghentikan segala keraguan tentang ketegasan pendirian UMNO untuk bangsa Melayu dan Islam setelah parti itu memilih bekerja dengan parti-parti Kerajaan Perpaduan demi masa depan Malaysia.

“Kesimpulannya kita tidak akan mundur ke belakang. Kita akan terus maju ke hadapan. Kita pro pembangunan. Kita mencintai perpaduan. Kita memilih kestabilan dan kemakmuran.

“UMNO pro kemajuan. Pro pembaharuan dan pro demokrasi. Kita memilih untuk bekerja dengan mereka demi Malaysia. Jadi, tidak timbul soal kita perlu undi parti itu atau parti ini,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Mohamad menambah semua pihak perlu mengundi dan memilih parti yang memerintah dengan parti boleh mengurus negara dengan semangat perpaduan dan boleh meneruskan kestabilan politik.

Tambah beliau, walaupun wujud berbeza pendirian dan perspektif yang bertentangan, namun ia tidak akan merencatkan pula kerjasama mereka untuk Malaysia yang lebih maju.

“Kerana itulah hikmah dalam berpolitik. Itulah juga semangat sebuah demokrasi. Yang pasti, UMNO akan mengurus perbezaan tersebut bersandarkan kepentingan perpaduan dan kesepakatan nasional. Realitinya ialah UMNO sebenarnya mewakili kepentingan Melayu dan Islam dalam Kerajaan Perpaduan.

“Jadi mari kita terokai jalan untuk mengukuhkan kerjasama ini di pelbagai peringkat dan lapangan. Kerana untuk UMNO, kembali ke acuan ‘identity politics’ yang terlalu sempit dan terlalu terbatas, hanya akan lebih membataskan potensi UMNO dan Malaysia,” jelas Mohamad.

Pada masa sama, Mohamad berkata, kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan telah membuka potensi baharu untuk parti itu, meskipun tidak pernah terlintas dan tidak pernah terbayang dek akal mereka.

Katanya, UMNO sedang meneroka kerjasama politik yang unik, ‘unprecedented’ dan sangat luar biasa.

“UMNO dan BN sedang melalui eksperimen politik yang sangat penting. Panggillah apa pun, jajaran baharu, koalisi baharu, persefahaman baharu. Yang jelas, ia adalah haluan politik yang ‘business as unusual’.

“Iaitu pembentukan persefahaman politik yang berasaskan perpaduan dan kepentingan nasional. Jika selama berpuluh tahun, UMNO telah terbiasa dengan persefahaman politik ‘to rule’, namun, tren yang kita lalui waktu ini pula ialah ‘to unite and to govern’,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.