8 JUN: Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan replika cek Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) kepada 5 usahawan berjumlah RM1.05 juta hari ini.
Majlis berlangsung di Booth Pameran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan agensinya di WTC, Kuala lumpur.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri amat tertarik dengan hasil kreativiti pelajar TVET MARA seperti produk kraftangan dan perkhidmatan jahitan segera.
Ahmad Zahid seterusnya melancarkan Hub Usahawan Wanita RISDA yang mana ia merupakan one-stop center bagi mempromosikan dan memasarkan produk peserta RISDA.
Antara produk yang dipasarkan seperti makanan ringan dan kraftangan yang secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan ekonomi peserta RISDA.
“Saya mendoakan usahawan-usahawan di bawah bimbingan MARA dan RISDA ini mampu memasarkan produk mereka di pasaraya-pasaraya terkemuka dan seterusnya memartabatkan Barangan Malaysia setanding dengan antarabangsa,” katanya
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO turut berkujung ke booth-booth lain yang tersedia termasuklah melawat Booth UMNO Siswa & Putera UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO kali ini.