nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dasar makro mesti selaras dengan pengukuhan ekonomi

8 JUN: Penyelarasan Dasar makro seperti Kadar Dasar Semalaman (OPR) perlu dibuat selaras dengan ekonomi yang semakin kukuh.

Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, langkah sedemikian adalah perlu untuk memastikan dasar makro yang luas sepadan dengan realiti ekonomi negara.

“Walaupun kita menghadapi cabaran dari luar negara, aktiviti ekonomi domestik sudah melebihi tahap prapandemik.

“Daripada gaji sebenar dan prospek pekerjaan, kepada pelaburan dan permintaan domestik, pelbagai petunjuk menunjukkan kekuatan relatif dalam ekonomi kita,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Simposium Sasana 2023 di sini, hari ini.

Nor Shamsiah berkata BNM menyedari bahawa walaupun ekonomi secara keseluruhan berada dalam keadaan sihat, masih ada segelintir pihak menghadapi cabaran ekonomi.

“Bagaimanapun, OPR direka sebagai untuk kestabilan harga, lebih banyak langkah yang disasarkan disediakan untuk membantu mereka yang menghadapi kesukaran dalam memenuhi pembayaran balik pinjaman bulanan mereka,” katanya.

Mengenai prestasi ringgit, Nor Shamsiah berkata beberapa minggu kebelakangan ini, mata wang tempatan telah mendapat tekanan baharu, justeru ia memerlukan lebih banyak jalan penyelesaian selain daripada penyelesaian jangka pendek.

Di bawah kadar pertukaran fleksibel adalah munasabah untuk ringgit berubah-ubah dari semasa ke semasa, katanya.

Menurutnya, pelarasan ini membolehkan ekonomi domestik menyesuaikan diri dengan kejutan ekonomi dan kewangan global.

“Kami melihat ini berlaku semasa pelarasan kadar faedah yang pesat dan besar oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat tahun lepas yang menyebabkan kejutan besar kepada ekonomi global.

“Pada satu ketika, ringgit merosot sebanyak 11.5 peratus antara akhir Mac dan awal November sebelum meningkat 7.8 peratus menjelang akhir tahun namun ekonomi sebenar berkembang 8.7 peratus pada tahun itu, disokong peranan ringgit sebagai penyerap kejutan,” katanya.

Beliau menekankan pembaharuan struktur harus dilakukan bagi mengukuhkan prospek pertumbuhan negara dan menggalakkan lebih banyak peluang pelaburan.

“Ini akan meningkatkan permintaan terhadap ringgit dan menjamin peningkatan yang lebih berkekalan dalam nilainya dari semasa ke semasa,” katanya.

Pada acara itu, Nor Shamsiah turut melancarkan pembayaran QR rentas sempadan Malaysia dengan Indonesia, Singapura dan Thailand.

Bertemakan “Structural Reforms for a Stronger Malaysia”, Simposium Sasana 2023 yang berlangsung selama sehari itu menganjurkan tujuh sesi panel mengenai pelbagai topik, meliputi ekonomi makro hingga isu mendesak seperti penipuan kewangan, pendigitalan tuntutan insurans motor dan perlindungan sosial.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.