nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hubungan akrab Anwar-Jokowi selesaikan isu berlarutan dua negara

8 JUN: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil peluang hubungan akrab antara Malaysia dan Indonesia termasuk dengan Presiden Indonesia Jokowi Widodo bagi menyelesaikan pelbagai isu berlarutan sejak berpuluh tahun lalu.

Perdana Menteri itu berkata, dalam sejarah hubungan dua hala mana-mana negara dunia, peningkatan kerjasama dan persefahaman dalam masa singkat dengan Indonesia disifatkan luar biasa melalui satu bentuk perundingan yang dianggap ‘keluarga dan sahabat’.

Bersempena lawatan kerja Presiden Indonesia itu ke Malaysia kali ini, beberapa memorandum persefahaman dimeterai dan kerjasama dua hala sampai ke tahap membanggakan sekali gus memberi faedah dan mafaat bukan sahaja kepada kerajaan tetapi rakyat antara dua negara.

Bidang kerjasama itu termasuklah antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis di Indonesia, aspek pertahanan negara, perdagangan dan pelaburan termasuk soal pekerja dan isu di sempadan dalam mendukung ibu negara Indonesia di Kalimantan demi memperkukuhkan pembangunan di sempadan.

“Kalau kita teliti beberapa perjanjian tadi, dalam pertemuan saya dengan Presiden Indonesia di Bogor, beliau beritahu saya bahawa rundingan ini sudah puluhan tahun tetapi tidak mampu diselesaikan.

“Saya bangga dengan kepimpinan kedua-dua pemimpin hari ini dan rakan-rakan lain dapat selesaikan isu yang telah runding selama berpuluh tahun dan hari ini kita saksikan ada yang soal kecil dan kita putuskan mengikut arahan Presiden,” katanya dalam sidang akhbar bersama Joko Widodo yang dikenali Jokowi di Kompleks Seri Perdana, di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, Anwar dan Jokowi menyaksikan pertukaran enam instrumen dua hala yang ditandatangani kedua-dua negara antaranya, Perjanjian Lintas Sempadan; keselamatan perairan iaitu Perjanjian Berkaitan Persempadanan Laut Wilayah Kedua-dua Negara di Bahagian Paling Selatan Selat Melaka dan Persempadanan Laut Wilayah Dua Negara di Laut Sulawesi.

Selain itu MoU berkaitan bidang ekonomi iaitu Perjanjian Perdagangan Sempadan dan juga Kerjasama Promosi Pelaburan dan Pengiktirafan Bersama Pensijilan Halal Bagi Produk Domestik.

Menurut Anwar, bidang kerjasama perdagangan dan pelaburan turut diberi tumpuan penting terutama berkaitan pelaburan langsung asing dan menyatakan komitmen Malaysia menerusi Belanjawan Madani melalui peruntukan RM1 bilion untuk memperkukuh badan berkanun keselamatan di sempadan seperti Kastam dan Imigresen termasuk aspek prasarana berkaitan.

Selain itu, kata beliau, isu kepentingan kelapa sawit turut ditekankan penegasan kedua-dua negara dalam memelihara komoditi itu di peringkat antarabangsa.

Menurut Perdana Menteri, kedua-dua negara menyambut baik dalam memelihara urusan perdagangan dan keputusan pelaburan kelapa sawit bukan sahaja untuk syarikat besar malah untuk kepentingan pekebun kecil.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.