10 JUN: Chile dilanda jangkitan ‘respiratory syncytial virus’ atau jangkitan RSV yang paling teruk dalam sejarah beberapa tahun negara itu apabila empat bayi maut.
Keadaan itu sekali gus memberi tekanan terhadap kapasiti unit rawatan rapi (ICU) kanak-kanak.
Jangkitan RSV adalah virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan dan sering kali berlaku kepada kanak-kanak bawah usia dua tahun.
Menurut Kementerian Kesihatan Chile kapasiti katil ICU kanak-kanak purata di negara ini sudah mencapai 94 peratus setakat semalam.
Menteri Kesihatan, Ximena Aguilera, berkata walaupun RSV dijangkakan, negara itu berdepan antara wabak terbesar dalam tempoh beberapa tahun.
AS berdepan musim selesema lebih teruk susulan peningkatan COVID-19
FDA AS lulus vaksin RSV pertama dunia
Moderna dakwa vaksin berkesan 84 peratus
Jangkitan pernafasan HMPV meningkat di AS, cetus kebimbangan
“Terdapat situasi imunologi yang berbeza sekarang, kelemahan yang lebih besar dan itu membawa kita kepada peredaran virus yang luar biasa tinggi.
“Keterukan wabak ini dikaitkan dengan peredaran virus yang rendah ketika pandemik COVID-19,” katanya sambil menambah bahawa kanak-kanak di bawah umur setahun adalah yang paling berisiko.
Seorang ibu kepada bayi yang meninggal dunia, Yessenia Sanchez, berkata dia menunggu dari 8 pagi hingga 10 malam untuk ambulans memindahkan bayinya ke ICU.
Pada masa itu bayinya mengalami dua serangan jantung. Sementara itu, kerajaan dikritik kerana pelaksanaan kempen kesihatan awam yang perlahan sebelum permulaan musim sejuk di hemisfera selatan.
Penyakit pernafasan cenderung meningkat di Chile ketika musim sejuk.
Keadaan itu juga biasanya bertambah buruk di Santiago kerana pencemaran udara yang teruk di bandar itu, terletak di lembangan dikelilingi bukit.