10 JUN : Nasib bekas pemimpin UMNO yang digantung akan diputuskan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT).
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO adalah parti terbuka dan mengambil maklum saranan semua ahli untuk meneliti akan rayuan tersebut, namun perkara itu akan diputuskan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) kelak.
“Pendirian MKT adalah Lembaga Disiplin akan membuat penelitian terhadap semua rayuan yang dikemukakan. Majlis Tertinggi sangat terbuka untuk mengambil sebarang rekomendasi yang dibuat Lembaga Disiplin. Lazimnya laporan dari Lembaga Disiplin untuk menyokong atau ditolak dibawa kepada jawatan pengurusan, dan akan dibawa ke MT.
“Hanya MT sahaja yang boleh buat keputusan muktamad mengenai apa juga keputusan untuk tindakan disiplin sama ada diadakan dalam bentuk beri amaran, gantung, atau pecat.
“Maka MKT UMNO sangat terbuka dalam soal ini, kita akan dengar laporan daripada Lembaga Disiplin,” katanya pada sidang media selepas ucapan penggulungan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak menjelaskan berapa ramai ahli UMNO yang membuat rayuan supaya tindakan itu ditarik balik setakat ini.
“Cukup sekadar nyatakan ramai daripada senarai yang telah saya umumkan sebelum pemilihan lalu. Ada yang memohon secara bertulis, ada permohonan yang dibuat kepada MKT. Saya serahkan laporan sama ada secara bertulis atau sebaliknya, dan pastinnya ibu pejabat UMNO akan membawa kepada Lembaga Disiplin,” ujarnya lagi.
Terdahulu, bekas ahli MKT, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman telah membuat rayuan sebanyak tiga kali supaya penggantungannya ditarik balik, sekali gus membenarkan beliau untuk membantu pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Antara lain yang turut digantung juga adalah Shahril Sufian Hamdan, merupakan bekas Naib Ketua Pemuda UMNO yang sebelum ini dilaporkan beliau tidak akan membuat rayuan berhubung penggantungannya itu.
Dalam perkembangan lain, Presiden UMNO itu turut memaklumkan yang isu pembahagian kerusi pada PRN kali ini berada di peringkat akhir untuk dimuktamadkkan.
“BN akan bertemu dengan Pakatan Harapan (PH) dimana rundingan akan dibuat antara gabungan dengan gabungan..pada akhir bulan ini bergantung kepada kesesuaian masa Perdcana Menteri selaku Pengerusi Gabungan Sekteriat Kerajaan Perpaduan,” ujarnya lagi.