10 JUN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput warga Pulau Pinang hadir ke sesi Temu Anwar, esok di Universiti Sains Malaysia (USM).
Jemputan itu disebarkan menerusi laman sosial Facebooknya dengan menjelaskan pendaftaran boleh dibuat di laman web www.temuanwar.com.
“Seperti kebiasaan, saya akan menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh peserta yang hadir. Kita jumpa esok!” katanya ringkas.
Berdasarkan poster dalam hantaran itu, sesi berkenaan dijadualkan berlangsung pada 3 petang di Dewan Tuanku Syed Putra USM.