12 JUN: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan
sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS yang dijadualkan pada 13 dan 14 Jun.
Pada 9.08 pagi tadi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.6155/6185 berbanding dolar AS daripada 4.6115/6160 ketika ditutup pada Jumaat.
Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata konsensus pasaran menjangkakan Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan Kadar Dana Fed tidak berubah pada 5.25 peratus.
Sebelum mesyuarat itu diadakan, kadar inflasi AS bagi Mei akan dikeluarkan dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) diunjurkan menjadi sederhana 4.2 peratus daripada 4.9 peratus yang direkodkan pada bulan sebelumnya manakala IHP dijangka meningkat 5.6 peratus daripada 5.5 peratus pada April.