13 JUN: Bekas Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi meninggal dunia pada usia 86 tahun.
Beliau sebelum ini memegang jawatan itu sebanyak empat kali, dan dilaporkan meninggal dunia di hospital San Raffaele di Milan.
Bulan April lalu, beliau menerima rawatan kerana jangkitan paru-paru yang dikaitkan dengan leukemia.
Berlusconi telah menghidap sejenis kanser darah yang jarang berlaku, leukemia myelomonocyte kronik, kata doktor di San Raffaele.
Beliau mengalami masalah kesihatan berulang selepas dijangkiti Covid-19 pada 2020.
Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi mengenai punca kematian beliau.
Kematian Berlusconi disifatkan sebagai kehilangan besar, kata menteri pertahanan Itali.
Itali mengumumkan hari berkabung kebangsaan pada hari Rabu, hari yang sama pengebumian Berlusconi dijadualkan berlangsung di Katedral Milan