13 JUN: Orang awam dijemput memberikan pandangan berhubung langkah-langkah bagi mengembangkan ekonomi negara.
Kementerian Kewangan berkata, dengan cara ini, semua pihak dapat memainkan peranan aktif untuk bersama-sama membentuk landskap ekonomi Malaysia.
Kementerian Kewangan berkata, pandangan yang dikongsi akan menjadi panduan yang penting bagi kerajaan dalam merangka dasar dan keutamaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Ia akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Pelan Induk Perindustrian (Ogos 2023), Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (September 2023) dan Belanjawan 2024 (Oktober 2023).
Orang awam boleh berkongsi maklum balas mereka mengenai pelbagai topik seperti ekonomi, subsidi dan perlindungan sosial melalui saluran maklum balas dalam talian iaitu Suarakan Pendapat Anda mulai hari ini di www.mof.gov.my