nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tidak mungkin kita korbankan walau satu inci tanah negara: PM


13 JUN : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perjanjian penyelesaian sempadan maritim yang ditandatangani antara Malaysia dengan Indonesia tidak akan mengorbankan kedaulatan negara.

Bercakap di Dewan Rakyat, beliau memberi jaminan itu ketika ditanya Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jaminan bahawa tidak akan dikorbankan kepentingan kedaulatan negara, itu memang pendirian kita.

“Muktamad pendirian kita ialah tidak mungkin kita korbankan satu inci pun tanah negara kita,” tegasnya ketika sesi Waku Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, hari ini.

Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri meminta jaminan Anwar sebagai perdana menteri agar tiada kompromi dalam soal kedaulatan negara dalam rundingan perjanjian itu.

“Saya nak minta jaminan perdana menteri bahawa apabila nak selesaikan nanti sebab banyak lagi rundingan selepas ini…boleh tak apa yang dikatakan tuntutan hak Malaysia itu tidak kita kompromi langsung?

“Dan pada akhirnya nanti apabila perjanjian komprehensif nak dimetrai, rakyat akan diberi peluang untuk melihat sendiri apa yang telah dimetrai itu…sebenarnya tidak kompromi soal kedaulatan negara kita,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan beliau tidak akan berkompromi dalam soal kedaulatan negara.

“Soal kompromi tidak berbangkit. Presiden Jokowi mewakili rakyat dan negara Indonesia, saya mewakili rakyat dan negara Malaysia. Soal kedaulatan tidak boleh dikompromi atau dikorbankan. Itu kita akan lakukan sebaiknya..

“Cuma saya beritahu, sementara rundingan itu diteruskan, kita teruskan dengan yang setuju dulu, yang kecil kita tak setuju itu kita tangguhlah. Tapi jangan jejaskan hubungan dua hala.

“Saya berpendirian, kerajaan ini akan terus menganggap Indonesia sebagai negara sahabat dan harus kita tingkatkan kerjasama dalam semua bidang. Kita tidak mahu perbezaan antara kita menjejaskan hubungan dua hala,” katanya.

Sebelumnya, beliau turut menyeru agar hubungan antara Malaysia dengan Indonesia tidak terus dipolitikkan.

“Soal hubungan dengan Indonesia saya nak jelaskan. Bagi saya jangan kita politikkan. Kepentingan hubungan Malaysia-Indonesia, serumpun, majoriti umat Islam, soal budaya, ekonomi, perdagangan, (dan) pelaburan itu harus kita tingkatkan.

“Jokowi akui hubungan kita itu dapat ditingkatkan. Hubungan itu dari satu negara sahabat yang sangat penting untuk kepentingan strategik, ekonomi, budaya dan Islam. Saya tidak fikir kita patut remehkan hal ini.

“Apakah ini bermakna kita akan korbankan kepentingan kawasan sempadan kita? Tidak. Seperti mana pendirian kita terhadap Pulau Batu Putih, kita tidak tolak ansur sama sekali,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa sebelum perjanjian itu dimetrai beliau sudah mendapatkan pandangan pakar dalam pelbagai bidang.

“Perjanjian ini dimetrai setelah diperakui oleh Jabatan Maritim, Kementerian Luar, Majlis Keselamatan Negara, Peguam Negara, Jabatan Ukur dan Pemetaan serta dan Pusat Hidrografi Nasional Malaysia.

“Jadi setelah mereka teliti dan perjumpaan akhir dengan saya…berpuas hati barulah kita metrai. Ini berlanjutan tatkala perbincangan saya dengan Presiden Jokowi, bulan Januari kita sebagai negara sahabat, harus selesaikan perkara yang berlanjutan selama 18 tahun.

“Jadi sebab itulah pada 8 Jun kita mengikat persetujuan berdasarkan…ini prinsipnya, kepentingan kita, titik sempadan yang tidak kita pertikai dan undang-undang antarabangsa terutama konvensyen undang-undang laut 1982,” katanya.

Sebelumnya Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan meminta Anwar menyatakan jaminan kerajaan bahawa perjanjian penyelesaian sempadan yang baru ditandatangani antara Malaysia dengan Indonesia itu tidak akan menjejaskan hak kedaulatan dan merugikan negara khususnya kesan negatif terhadap aktiviti ekonomi maritim dalam jangka masa panjang.

Sebelum ini, sempena lawatan kerja Jokowi ke Malaysia, Anwar bersama pemimpin itu menyaksikan pertukaran enam instrumen dua hala yang ditandatangani kedua-dua negara.

Antaranya Perjanjian Lintas Sempadan; keselamatan perairan iaitu Perjanjian Berkaitan Persempadanan Laut Wilayah Kedua-dua Negara di Bahagian Paling Selatan Selat Melaka dan Persempadanan Laut Wilayah Dua Negara di Laut Sulawesi.
Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.