14 JUN: Cadangan meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) kini sedang diteliti.
Menjelaskan perkara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ram Karpal Singh berkata, ia berada di bawah jadual akta 700 dimana satu nota jemaah menteri telah dikemukakan pada 19 April lalu bagi membincangkan hala tuju isu penerapan ke dalam EAIC.
“Ekoran daripada ini, satu jawatankuasa telah ditubuhkan dan selain dari itu, pada 2 Mei tahun ini, satu mesyuarat yang dipengerusikan menteri dan dihadiri pesuruhjaya EAIC, SPRM, dan AGC antara lain telah diadakan bagi mendapatkan pandangan dan cadangan berkepentingan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) berhubung perkara ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Terdahulu. Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) meminta kerajaan menyatakan apakah Kerajaan Madani mahu meletakkan SPRM di bawah EAIC sebagai langkah untuk benar-benar mewujudkan badan bebas, serta punya kawalan tata tertib efektif dan berkesan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan penguatkuasa dan agensi penguatkuasaan.
Tambah menteri lagi, satu mesyuarat juga akan dibuat dalam masa terdekat oleh Jabatan Perdana Menteri bagi meneliti pandangan dan cadangan daripada semua pihak dan agensi.