15 JUN: Ringgit terus mencatatkan penurunan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Khamis.
Menurut penganalisis, ia seiring dengan prestasi mata wang serantau dan di tengah-tengah pendirian bank pusat AS yang kekal cenderung menaikkan kadar faedah.
Pada 6 petang tadi, ringgit berada di paras 4.6235/6280 berbanding dolar AS daripada 4.6195/6235 pada akhir urus niaga semalam.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata pasaran sememangnya bersedia dengan tindakan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk menangguhkan kenaikan kadar faedah dan jangkaan peningkatan satu mata kepada 25 mata asas pada bulan ini.
Bagaimanapun, bank pusat AS itu sebaliknya bertindak menaikkan kadar itu ke paras lebih tinggi iaitu pada panduan 50 mata asas yang merupakan kenaikan sebanyak dua kali.