15 JUN: Cuaca panas dan kering diramalkan pada waktu siang dan sederhana pada waktu malam di Makkah.
Menjelaskan perkara itu, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi dalam kenyataan berkata, purata suhu maksimum ialah 43.6 darjah Celsius dan minimum ialah 29.6 darjah Celsius.
Pusat itu berkata, purata kelajuan angin akan berada antara empat dan 10 km sejam dalam arah utara dan barat laut, menyebabkan ribut pasir, dan membawa kepada penurunan had penglihatan.
Saudi Gazette melaporkan, iklim di Madinah juga dijangka panas dan kering pada waktu siang dan sederhana pada waktu malam.
Purata suhu maksimum semasa musim haji ialah 43 darjah Celsius dan minimum ialah 29.3 darjah Celsius.
Pusat itu menunjukkan kelajuan angin purata ialah 12 km sejam di Madinah, manakala angin akan aktif pada masa tertentu ke arah barat laut, meningkatkan risiko ribut pasir dan mengehadkan jarak penglihatan.