16 JUN: Sejak April sehingga 10 Jun lalu, angka mencatatkan sebanyak 39 kes penyakit berkaitan cuaca panas dilaporkan.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, daripada jumlah itu, 23 kes adalah kelesuan haba, 11 kejang haba dan lima strok haba.
“Bilangan keseluruhan kes berkaitan cuaca panas mengikut negeri adalah 10 kes di Kelantan, sembilan di Sabah, lapan di Sarawak, dan empat di Melaka.
“Di Terengganu pula tiga kes, dua di Kedah dan masing-masing satu di Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Perak.
“Bagi pecahan mengikut umur pula, 25 kes dewasa, sembilan remaja, tiga kanak-kanak, dan dua warga emas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, tiada kes kematian baharu akibat strok haba dilaporkan ME 23/2023, sekali gus menjadikan bilangan kumulatif kematian akibat penyakit itu kekal sebanyak satu kes sahaja iaitu yang dilaporkan pada 25 April lalu.
“Semua kes yang mendapat rawatan adalah stabil dan telah discaj,” katanya.