18 JUN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan pada Jumaat ini iaitu dua hari sebelum genap tempoh penggalnya selama lima tahun pada Ahad.
Pembubaran itu adalah bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran diwartakan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mendapat perkenan pembubaran DUN itu selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang pagi ini.
DUN Selangor mempunyai 56 kerusi dengan 41 daripadanya adalah milik Pakatan Harapan (PH), lima kerusi Barisan Nasional (BN); Perikatan Nasional (PN) (tujuh) dan PEJUANG (tiga) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018.
Selain Selangor, lima negeri lain ialah Negeri Sembilan, Pulau Pinang yang ditadbir PH, manakala Kedah, Kelantan dan Terengganu pula di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN).