Wan Junaidi Speaker Dewan Negara baharu, Nur Jazlan Timbalan
19 JUN: Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik Yang Dipertua Dewan Negara ke-19 menggantikan Tan Sri Rais Yatim yang tamat perkhidmatan.
Beliau adalah adalah calon tunggal yang dikemukakan untuk memegang jawatan itu.
Usul pencalonan Wan Junaidi dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Terdahulu, Wan Junaidi mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara, bersama dua yang lain iaitu Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai, turut dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Negara selepas mendapat 43 undi dalam pengundian lantikan jawatan itu.
Turut dicalonkan jawatan itu, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Razali Idris yang dicadangkan Presiden GERAKAN, Datuk Dominic Lau.
Razali tewas merebut jawatan itu selepas mendapat hanya 11 undi.