20 JUN: Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun akan menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 28 Jun ini.
Ia bagi mendapat perkenan baginda untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Jun ini.
Langkah itu jelasnya lagi, adalah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
“Saya akan menghadap Tuanku pada Rabu depan (28 Jun) bagi meminta izin untuk pembubaran DUN pada 30 Jun ini.
“Insya-Allah, semuanya berjalan lancar dan DUN akan dibubarkan pada 30 Jun,” katanya selepas Majlis Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama di Klana Resort, di sini, petang tadi.
Negeri Sembilan antara lima negeri yang akan mengadakan PRN selain Selangor,
Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 2018, Pakatan Harapan (PH) memenangi 20 kerusi DUN, manakala Barisan Nasional (BN) sebanyak 16 kerusi.