20 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Gabenor Bank Negara yang baharu Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour di pejabat.
Datuk Shaik bakal mengambil alih jawatan Gabenor daripada Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus yang akan menamatkan khidmat baktinya pada 30 Jun ini.
“Saya menzahirkan rasa keyakinan yang tinggi kepada beliau dalam meneruskan kebijakan monetari yang mampan dan stabil, dan ia pastinya akan ditingkatkan agar kedudukan kewangan negara menjadi lebih baik, kukuh dan stabil,” kata Anwar.
Menerusi Facebooknya, Perdana Menteri mengucapkan penghargaan kepada Nor Shamsiah atas jasa bakti beliau mengemudi Bank Negara Malaysia (BNM) terutamanya ketika negara melalui saat-saat sukar dan getir sepanjang tempoh wabak menyerang.
Anwar turut menaruh sepenuh kepercayaan kepada Gabenor yang baharu dalam mendepani tantangan semasa lantas mencipta lonjakan yang baharu buat negara tercinta.