19 JUN: Kerajaan Belgium mengumumkan negara itu akan memusnahkan hampir enam juta dos vaksin COVID-19 yang sudah luput, lapor media tempatan.
Menurut laporan harian Het Laatste Nieuws, perkara itu diumumkan Menteri Kesihatan Frank Vandenbroucke kepada jawatankuasa kesihatan parlimen persekutuan.
“Beberapa kajian menunjukkan vaksin yang disesuaikan dengan subvarian BA.4/5 jauh lebih berkesan berbanding vaksin asal menentang COVID-19,” katanya.
Vandenbroucke berkata Belgium tidak boleh menggunakan lagi lebihan vaksin asli dan 2.6 juta dos Moderna dan 3.3 juta dos Pfizer akan dimusnahkan secepat mungkin.
Keputusan itu hanya berkaitan dengan vaksin jenis baharu yang telah dibangunkan, katanya.