21 JUN: Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang diramal melanda ibu kota serta enam negeri sehingga jam 5 petang ini.
Laporan itu dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi lama sosial Facebook dimana keadaan cuaca itu diramal berlaku di ibu kota dan beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor serta Sabah.
Menurut METMalaysia, di Perak, ia membabitkan Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta; Gua Musang (Kelantan); Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling di Selangor.
Selain itu, kawasan pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Telupid dan Beluran) di Sabah.
Orang awam boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.