23 JUN: Kerajaan Indonesia mengumumkan cuti tambahan sempena Aidiladha dimana 28 dan 30 Jun sebagai hari cuti kolektif sekitar cuti Aidiladha pada 29 Jun.
Presidennya, Joko Widodo (Jokowi) berkata, cuti yang diberikan itu terpakai kepada semua penjawat awam, dengan syarikat swasta.
Lazimnya turut mengikuti trend itu dengan memberi pekerja mereka cuti, malah bursa saham akan turut ditutup pada tarikh berkenaan.
“Cuti ini sepatutnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi, terutama di wilayah dan kawasan pelancongan tempatan untuk menjadi lebih baik. Kami melihat ia boleh dilanjutkan, itulah yang diputuskan,” kata Jokowi.
Ini bukan kali pertama Jokowi memilih strategi luar biasa untuk memacu perbelanjaan pengguna di negara yang turut mewakili ekonomi terbesar Asia Tenggara itu.