Johor penyumbang terbesar perdagangan negara
23 JUN: Johor menjadi penyumbang terbesar kepada jumlah perdagangan negara bernilai RM247.592 juta bagi tempoh Januari sehingga April tahun ini.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, sumbangan Johor daripada segi perdagangan dan pelaburan adalah penting bagi pertumbuhan ekonomi negara.
“Kedua-dua perdagangan dan pelaburan (Johor) adalah penting dan daripada segi sumbangan Johor untuk perdagangan, kedudukannya naik nombor satu iaitu 30 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia,” katanya.
Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Sementara itu, Onn Hafiz menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI) dan agensi persekutuan serta negeri yang terlibat dalam memastikan pelaburan di Johor dalam tahap terbaik.
Ia juga dapat dilihat apabila negeri itu turut mencatatkan eksport tertinggi dalam negara bagi tempoh Januari hingga April tahun ini, katanya.
“Kerjasama antara MITI, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan agensi-agensi di bawah kementerian bersama dengan agensi-agensi di peringkat negeri seperti Invest Johor dan pihak berkuasa tempatan yang banyak menyumbang kepada angka pelaburan ini.
“Nilai eksport terus meningkat kerana pelabur-pelabur hendak lihat daripada segi kecekapan, bagaimana kita membantu mereka kerana time is money,” katanya lagi