23 JUN: Kerja-kerja pembinaan dan penyenggaraan yang melibatkan penutupan lorong lebuh raya dilarang selama sembilan hari berkuat kuasa esok.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, larangan tersebut bermula esok sehingga 2 Julai.
Bagaimanapun ia terkecuali bagi kerja-kerja melibatkan kes kecemasan.
Menerusi cataan Facebooknya, larangan itu adalh sebagai persediaan menghadapi peningkatan jumlah trafik yang menggunakan lebuh raya ketika musim perayaan.
Arahan telah dikeluarkan dan saya berharap semua pihak terlibat dapat mematuhi makluman notis ini memandangkan aliran trafik yang tinggi ketika musim perayaan,” katanya.
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun.