24 JUN : Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang, diramal melanda sekitar ibu negara, Putrajaya serta tujuh negeri.
Ramalan yang dibuat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) itu memaklumkan hujan lebat berkenaan adalah sehingga jam 5 petang ini.
Perkara itu dimaklumkan menerusi laman sosial Facebook, hari ini.
Dalm catatan itu juga, ia turut memaklumkan Putrajaya dan beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah antara negeri yang terlibat.
METMalaysia memaklumkan, di Terengganu ia membabitkan Dungun dan Kemaman; Pahang (Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin; Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang di Selangor.
Selain itu, di Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin; Melaka (Jasin); Tangkak, Segamat, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.
Hujan lebat, ribut petir beserta angin kencang turut diramal melanda beberapa kawasan di Sabah termasuk pedalaman (Tambunan), pantai barat (Ranau), Sandakan(Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan serta Kudat (Kota Marudu.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam,” katanya.
Orang awam boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.