nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pelaburan negara meningkat walaupun ringgit jatuh

24 JUN : Meskipun nilai ringgit jatuh, namun kadar pertumbuhan ekonomi dan pelaburan dalam negara masih menunjukkan peningkatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejatuhan nilai mata ringgit ketika ini dipengaruhi oleh kadar faedah negara yang terlalu rendah.

Keadaan itu jelasnya lagi menyebabkan banyak pelabur ‘lari’ ke negara lain seperti Indonesia dan Singapura yang menawarkan kadar faedah yang lebih tinggi.

“Masalah kita sekarang, kalau kita naikkan kadar faedah terlalu tinggi dan ia akan bebankan syarikat-syarikat kecil dan sederhana dan orang pinjam di peringkat bawah.

“Jadi kita kena runding macam mana nak strike balance supaya kadar faedah itu tidak menyebabkan pelabur bawa wang keluar.

“(Tetapi) kalau ekonomi kita itu (jatuh) menjunam, itu lain. Maka nilai mata wang jatuh, pelaburan dan pertumbuhan jatuh tetapi kita tidak,” katanya pada program Temu Anwar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini.

Perdana Menteri berkata, pertumbuhan ekonomi Suku pertama pertumbuhan negara mengatasi Singapura, Indonesia dan China dengan nilai pelaburan pula mencecah RM71 bilion untuk empat bulan pertama.

“Cuma kita kena cari jalan bawa balik pelaburan dengan beberapa insentif,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Anwar berkata, antara usaha yang sedang dilaksanakan kerajaan ketika ini adalah mewujudkan hab kewangan di Johor dan mengurangkan kos dalam pelaburan saham.

“Saya kata buat hab kewangan di Johor salah satunya, kemudian MM2H (Malaysia Rumah Kedua Ku) untuk bawa orang boleh bawa masuk wang dan beberapa lagi saya umum minggu lalu dan beberapa langkah yang sedang kita fikirkan,” katanya.

Bagaimanapun, Anwar mengakui usaha membawa lebih banyak pelaburan ke negara ini tidak mudah kerana pelabur asing masih mempunyai persepsi dan keraguan terhadap kestabilan negara berikutan terdapat desas-desus yang mengatakan akan berlakunya peralihan kerajaan pada Ogos ini.

“Ada baiknya sebab orang (pelabur) lebih yakin pada saya daripada mereka. Dia kata kalau Anwar masih memimpin, kerajaan stabil dia lebih yakin.

“Kalau ganti orang lain, dia tarik balik. Bukan saya mahu kempen untuk Kerajaan Perpaduan tetapi ini kenyataan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.