25 JUN: Bank Dunia meluluskan pinjaman AS$110 juta atau RM514.42 juta bagi membiayai projek peningkatan kualiti pendidikan di selatan Filipina.
Pemberi pinjaman pelbagai hala itu, berkata hampir dua juta dari tadika hingga gred enam serta lebih 60,000 guru dan pentadbir sekolah di tiga wilayah miskin di barat Mindanao bakal mendapat manfaat daripada projek berkenaan.
Program bimbingan akan menumpukan kepada usaha meningkatkan kemahiran literasi, numerasi dan sosioemosi untuk pelajar, terutama menekankan pembinaan keamanan, arahan sensitif jantina, iklim dan daya tahan bencana dan pendidikan inklusif.
Memetik laporan Xinhua, projek itu juga akan memberikan peluang pembangunan profesional kepada guru dan pentadbir sekolah serta penyelia.
Pengarah Bank Dunia bagi Brunei, Malaysia, Filipina dan Thailand, Ndiamé Diop, berkata projek itu sebahagian daripada sokongan berterusan pemberi pinjaman pelbagai hala untuk meningkatkan modal insan di Filipina.
Dalam dekad yang lalu, Filipina meningkatkan pelaburan dalam pendidikan asas dan menyaksikan peningkatan dalam enrolmen.
Bagaimanapun, hasil pembelajaran kekal lemah dan pandemik COVID-19 semakin memburukkan cabaran