26 JUN: Bekalan makanan termasuk daging untuk sambutan Aidiladha tahun ini dijamin mencukupi.
Memaklumkan perkara itu, Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan memastikan perkara itu dan akan menjalankan pemantauan dari masa-masa.
Beliau berkata, menerusi agensinya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Persatuan Peladang Kebangsaan (PPK), juga akan membuat intervensi jika berlaku kenaikan harga mengejut barang keperluan itu.
“FAMA dan Persatuan Peladang (PPK) akan melakukan ‘interfere’ seperti Ramadan yang lepas. Alhamdulilah, harga daging dapat dikawal malah dijual dengan harga yang lebih murah,” katanya.
Sementara itu Mohamad memaklumkan bahawa FAMA sedang merancang untuk menambah cawangan sedia ada di negara ini bagi memastikan keterjaminan bekalan makanan.
“Keterjaminan makanan ini memang dah jadi isu dunia bukan hanya di Malaysia, satu dunia terlibat katanya,” katanya.