28 JUN: Pengundi diyakini akan memilih calon kerajaan Perpaduan untuk menjadi wakil rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.
Menjelaskan perkara itu, Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin optimis akan perkara tersebut dengan berkata, pengundi di Malaysia adalah rasional dan mahukan sebuah kerajaan negeri yang selaras dengan Kerajaan Persekutuan.
“Kita meletakkan calon-calon Kerajaan Perpaduan di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)… itu menunjukkan bahawa kita serius dan pada masa sama, kita mahu kerajaan negeri pasca-PRN ini semaksimum mungkin selaras dengan hasrat serta aspirasi Kerajaan Persekutuan,” katanya.
“Jadi saya yakin kritikan dan apa yang dipanggil sebagai provokasi pihak-pihak tertentu ini mempunyai tujuan kerana pilihan raya negeri semakin hampir,” katanya.
Berhubung sejumlah 86.9 peratus daripada 8,860 responden di seluruh negara yang menyatakan mereka bersetuju dengan konsep Malaysia MADANI, Shamsul Iskandar berkata, ia menunjukkan bahawa penerimaan rakyat terhadap konsep itu sangat baik.