28 JUN : Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilantik sebangai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) baharu berkuat kuasa 1 Julai ini.
Pelantikan itu diumumlan Felda dalam satu kenyataan hari ini dengan meyakini ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu mampu meneruskan kesinambungan usaha transformasi yang telah berjalan selama ini demi kemaslahatan warga peneroka serta generasi baharu.
“Sepanjang tiga tahun perkhidmatan, Tan Sri Idris Jusoh telah mengangkat Felda kembali gemilang dengan pelbagai kejayaan yang dikecapi serta warga peneroka,” katanya.
Dalam pada itu Felda memaklumkan, antara kejayaan besar yang dicapai sepanjang Idris menerajui organisasi itu adalah peningkatan produktiviti ladang peneroka daripada 17.29 tan per hektar pada 2021 kepada 19.43 tan per hektar tahun berikutnya.
Menurutnya, peningkatan tersebut secara langsung telah meningkatkan pendapatan warga peneroka.
Felda menjelaskan, Idris juga turut memperkasakan pendidikan generasi baharu dengan memperkenalkan inisiatif Felda Digital Maker Hub: Coding & Robotic, smart classroom serta menaik taraf Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda sebagai sebuah MRSM Ulul Albab.
Inisiatif-inisiatif ini memberi peluang kepada generasi baru Felda untuk mendapat pendidikan berkualiti yang mampu meningkatkan mobiliti sosial mereka.
“Beliau juga telah membawa paradigma baharu yang menyokong peneroka menjadi komuniti dengan memberi berbanding menerima.
“Seluruh warga Felda mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan atas segala sumbangan Tan Sri serta mengalu-alukan kehadiran Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi yang baharu,” menurut kenyataan itu.