29 JUN : Team Black Mamba ditubuhkan bagi melancarkan aliran trafik di beberapa laluan utama.
Ia ditubuhkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dimana apengarah Jabatannya, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, penubuhan pasukan itu rentetan sebagai usaha pihaknya dalam mengurangkan kesesakan sepanjang musim perayaan Aidiladha ini.
“Team Black Mamba ini dijenamakan semula bagi Team Task Force JSPT yang terdiri daripada pegawai dan anggota dari Unit Risikan/Operasi atau dikenali sebagai Skuad 42.
“Ia merupakan satu unit yang dilatih khas dan mempunyai kemahiran dalam menjalankan pelbagai tugas melibatkan pelbagai elemen dalam JSPT,” katanya.
Katanya, aset melibatkan motosikal berkuasa tinggi antara yang digunakan pasukan ini dalam menjalankan tanggungjawab diberi.
Team Black Mamba terdiri daripada dua pegawai kanan dan 22 anggota dengan menggunakan aset motosikal berkuasa tinggi.
“Antara tugas yang dijalankan adalah risikan tentang segala elemen yang melibatkan jenayah trafik, menjalankan operasi terancang, menjalankan tugas-tugas mengiring, membuat pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan,” katanya.
Menurutnya, pihaknya sentiasa bersiap siaga dalam melancarkan aliran trafik sekali gus memudahkan perjalanan para pengguna jalan raya.
“Pengguna juga diingatkan supaya sentiasa menitik berat aspek keselamatan dalam usaha mengelak berlakunya kemalangan dan mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan demi keselamatan diri, keluarga serta pengguna lain.
“Penguatkuasaan dan kekerapan pemantauan sekali gus memberikan tumpuan dalam usaha memastikan pengguna mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan,” katanya.