30 JUN : Sekurang-kurangnya 104 orang meninggal dunia berkaitan haba di Mexico sejak pertengahan Jun.
Menurut laporan agensi berita Jerman (dpa), kebanyakannya disebabkan oleh strok haba dan dehidrasi.
Mexico Utara mengalami suhu panas terik. Pekan Aconchi, di negeri Sonora, menyaksikan suhu mencecah 49 darjah Celsius pada Isnin.
Di negeri utara Nuevo Leon, 64 orang meninggal dunia sejak pertengahan Jun akibat panas melampau, kata kementerian kesihatan.