1 JUL: Kontroversi tular seorang murid tahun satu yang didakwa dikurung di dalam sangkar besi di Sekolah Kebangsaan (SK) Astana Raja, Negeri Sembilan sudah diselesaikan dengan cara baik.
Memaklumkan perkara itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, bagaimanapun Kementerian Pendidikan (KPM) berharap kes sedemikian tidak akan berulang lagi di masa depan.
Jelasnya lagi, setakat ini Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Negeri Sembilan sudah menjalankan siasatan terperinci termasuk mengadakan perbincangan bersama ibu bapa murid terlibat.
“Kes ini telah selesai di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Negeri Sembilan. Sudah ada penyelesaian baik di antara sekolah dan ibu bapa, jadi sebagaimana saya sebutkan sebelum ini kes ini telah diputuskan dengan baik di peringkat jabatan negeri. Jadi kita anggap telah selesai.
“Semua dalam konteks siasatan semasa kes ini disiasat oleh JPN kita telah ambil perhatian semua perkara tersebut dan tindakan sedang diselesai, tindakan itu akan dibuat dipastikan keselamatan keseluruhan, bukan sahaja murid itu tetapi sekolah juga berkaitan dengan isu yang dibangkit tadi ,” katanya.