Jemaah Menteri bincang insiden pelancong China Rabu ini
2 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan mengejut ke kaunter Imigresen dan Kastam di KLIA, hari ini mendapati ada ruang untuk penambahbaikan bagi memantapkan pengoperasian di pintu masuk negara ini.
Dalam lawatan itu, beliau sempat bertegur sapa dan bertanyakan kepada anggota serta pegawai bertugas berkenaan operasi harian, baik di kaunter ketibaan mahupun pelepasan.
Kesempatan ini juga digunakan untuk melihat sendiri isu berbangkit atau permasalahan sewaktu pengendalian harian membabitkan pelancong dan warga asing selain warga tempatan.
“Berhubung insiden membabitkan pelancong China baru-baru ini, saya memberi jaminan, siasatan rapi akan dijalankan pihak berkuasa hatta perbincangan awal akan dilakukan dalam mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini, ” katanya.
Sementelahan itu, menurut Perdana Menteri tindakan juga akan diambil pihak terbabit andai wujud kesilapan yang tidak sepatutnya sehingga menjejaskan kelinciran operasi.
“InsyaAllah tahap keselamatan dan pengoperasian di lapangan terbang negara akan senantiasa ditambahbaik dalam memastikan perkhidmatan sewajarnya diberikan kepada semua pihak,” ujarnya di FB beliau.